Benelli memilih MForce Bike..

MFORCE BIKE HOLDINGS – PENGEDAR BENELLI BAHARU DI MALAYSIA

Pulau Pinang, 6 Februari 2017 – Benelli, pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali mengumumkan hari ini, syarikat tersebut dengan rasminya melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Di atas perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia.

En. Asri Ahmad, Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, menegaskan, semua pemilik Benelli akan terus menikmati faedah dan perkhidmatan tambahan yang dibekalkan oleh syarikat. Sebagai tambahan, semua Pusat Servis Mforce di Malaysia akan memberikan sokongan perkhidmatan selepas jualan bermula dari bulan Mac kepada semua motosikal Benelli yang terjual sebelum ini.

Mforce Bike Holdings merancang untuk meningkatkan variasi model-model Benelli di Malaysia. Sebagai permulaan produk-produk seperti Leoncino 500, 302R, TRK 502 dan lain-lain sedang diberi perhatian serius oleh syarikat. Selain dari motosikal berkuasa tinggi, Mforce Bike Holdings akan memperkenalkan buat pertamakalinya moped Benelli dalam bulan April 2017 nanti. Enjin 150cc yang baru tersebut mematuhi tahap piawaian “EURO STANDARD”, dilengkapi dengan ciri-ciri utama seperti suntikan bahan-api, gear 6 kelajuan dan sistem penyejukan air. Enjin ini telah diuji secara menyeluruh sejauh 20,000km semestinya mencapai tahap yang diingini oleh pelanggan di Malaysia untuk sebuah ‘super-moped’.

Pihak Mforce Bike Holdings telahpun menyediakan peruntukan yang besar untuk promosi produk. Acara promosi, pameran motosikal dan alatan pemasaran telah dirancang dan akan dilaksanakan dengan sewajarnya bagi memastikan jenama Benelli lebih diketahui umum di Malaysia. Kami juga berharap kelab-kelab motosikal Benelli dapat menghubungi ibupejabat di talian 04 -554 1777 (Paul) untuk pendaftaran dan bersama-sama di dalam program-program yang akan dianjurkan oleh syarikat di masa akan datang.

Pengumuman lanjut tentang Benelli akan dilakukan dari masa ke semasa di website rasmi di www.benelli.my dan juga di facebook https://www.fb.com/malaysia.benelli

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons