BIKE EMPIRE – Kini Di Buka Di Ara Damansara

SAMBUTAN baik yang diterima dari peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia ini membolehkan pelbagai syarikat jualan berkaitan motosikal berkembang pesat dan menapak di tanahair.

Terbaru, syarikat yang dinamakan Bike Empire Sdn Bhd (anak syarikat kepada Superbike Motortrade International) merasmikan pembukaan bilik pameran terbaru yang terletak di pusat perniagaan kormesial, Ara Damansara.

Pusat yang menempatkan pelbagai jenis motosikal dari jenama seperti Harley-Davidson, Aprilia, Ducati dan Moto Guzzi, ia juga merupakan pusat sehenti bagi membaik pulih motosikal, penjualan alat ganti dan peralatan aksesori bagi pelbagai motosikal.

Pembukaan bilik pameran Bike Empire yang berlangsung hujung Februari lepas turut menawarkan promosi jualan istimewa yang telah berakhir pada 9 Mac lepas.

Selain menjual motosikal yang import , Bike Emipire Sdn Bhd juga adalah pengedar tunggal untuk motosikal CKD jenama Cleveland dari Amerika Syarikat dan juga produk kelengkapan penunggang dari jenama Ruby Helmet dan Ugly Bros Riding Jeans.

Untuk maklumat lanjut, pengunjung dan peminat boleh hadir ke bilik pameran Bike Empire di Jalan PJU 1A/3, Taipan 2, Ara Damansara, Petaling Jaya.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons