Enjin satu silinder CBR250R menawarkan banyak manfaat. Oleh kerana bilangan bahagian yang direka ringkas dan padat kepada tahap minima, pembakaran bahan api yang lebih cekap, dan aspek-aspek kecil seperti gelang omboh geseran rendah dan palam pencucuh Iridium banyak membantu dalam mengurangkan kos penyelenggaraan.
Keringkasan mekanikal enjin juga mengurangkan kos penyelenggaraan – satu lagi elemen penting dalam mewujudkan pengalaman yang bebas daripada kebimbangan. Saiznya yang kecil juga membantu mewujudkan sebuah motosikal yang lebih ringan dan lebih terkawal daripada berbilang silinder, dan membolehkan ia diletakkan dengan sempurna di dalam casis untuk pengagihan berat depan / belakang seimbang.
CBR250R Baharu ini ditawar dalam tiga warna baharu: Hitam, Merah ‘Millennium’ (Millennium Red),dan Kuning “Lemon Ice” (Lemon Ice Yellow). Harga yang disyorkan bermula daripada RM 21,940.94 (Hitam) hingga RM 22,258.94 (Merah ‘Millennium’ dan dan Kuning “Lemon Ice”) termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan CBR250R Baharu ini, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda. Atau hubungi talian pelanggan1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).
Spesifikasi Teknikal Honda CBR250R Baharu
Jenis Enjin |
Penyejuk Cecair 4 Lejang DOHC Silinder Tunggal, |
Sesaran Enjin |
249.67cc |
Gerek & Lejang |
76.0 x 55.0 |
Sistem Penghidup |
Elektrik |
Suspensi |
Teleskopik (Hadapan) Pro-Link ( Belakang) |
Ukuran Tayar |
110/70-17M/C 54S (Hadapan) 140/70-17M/C 66S (Belekang |
Panjang x Lebar X Tinggi |
2,035mm x 720mm x 1,120mm |
Jarak Roda |
1,380mm |
Berat |
161KG |
Muatan Tangki Petrol |
13L |
Sistem Bahan Api |
Program Suntikan Bahan Api (PGM-FI) |
Kuasa Kuda Maksimum |
20.2kW @ 8,500rpm |
Tork Maksimum |
23.3Nm @ 7,500rpm |