TOP CASE TERBARU DARI GIVI – MONOLOCK B32 BOLD

GIVI pengeluar aksesori motorsikal terulung hari ini melancarkan ‘top case’ terbaru keluaran mereka Monolock B32 Bold.

Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motorsikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc
kebawah.

Rekabentuk B32 Bold berkapasiti 32liter ini telah diilhamkan oleh pereka tempatan cik Rozida Mohd Zaki dengan menginspirasikan gaya terbaru didalam pembuatan produk terbaru ini. Seperti sebahagian besar kotak penyimpan GIVI sebelum ini, ‘Polypropylena
(PP)’ ialah bahan komponen utama yang digunakan kerana terbukti ianya sangat kukuh dan tahan lama didalam keadaan cuaca terutamanya di Malaysia.

Menggunakan system kunci ‘clack’, ianya memudahkan pengguna dengan hanya sekali ‘klik’ untuk menutup boks tanpa perlu menggunakan kunci. Gabungan pemegang dengan penutup bahagian atas juga memberi kemudahan membuka/ menutup boks.

‘Rekabentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold ini setelah kajian dalaman kami mendapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur seperti
kebiasaan. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati.

Harga pasaran untuk seunit Monolock B32 Bold adalah RM222.86 termasuk GST.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons