MFORCE BIKE HOLDINGS LANCARKAN MOTORSIKAL JENAMA TERBARU – SM SPORT DALAM MALAYSIA

Syarikat pengedar Mforce Bike Holdings yang berpengkalan di Pulau Pinang telah mengumumkan pelancaran jenama motorsikal pertamanya yang bernama SM Sport dan model jenamanya iaitu SM Sport 110R telah diperkenalkan pada hari ini . Sasaran pengguna bagi penciptaan model motorsikal tersebut adalah untuk menenuhi permintaan golongan pembeli motorsikal buat kali pertama yang sedang mencari sebuah motorsikal yang bergaya, tahan lasak, mesra alam, dan juga harga yang berpatutan.

Dalam perciptaan model motosikal tersebut, syarikat Mforce Bike Holdings telah berkerjasama dengan syarikat Qian Jiang Motorcycle (Pemilik jenama Benelli) dengan melalui kaedah pemindahan teknologi dalam penciptaan model motosikal ini. Seterusnya, terdapat sebanyak 30% alat ganti dan aksesoris dalam model motosikal ini adalah menggunakan buatan tempatan dan selainnya adalah komponen dari luar Negara. Walau bagaimanapun, penggunaan alat ganti dan aksesoris tempatan tersebut dalam menghasilkan model jenama motosikal SM Sport akan ditingkatkan kepada 60% pada masa yang akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa Mforce Bike Holdings merupakan sebuah syarikat yang amat prihatin terhadap perkembangan industri sampingan motosikal dan juga pertumbuhan ekonomi negara.

SM Sport 110R – Perjimatan penggunaan minyak yang rendah untuk perjalanan yang lebih jauh.

Sistem Suis Penjimatan Bahan Api dalam model SM Sport 110R memberikan prestasi yang cemerlang dari segi perjimatan minyak dan pasti dapat mengagumkan para penunggang kerana sistem Suis Penjimatan Bahan Api tersebut dapat membolehkan penggunaan minyak yang lebih jimat untuk perjalanan yang lebih jauh. Penyelanggaraan adalah lebih jimat dan mudah, contohnya SM Sport 110R tiada terdapat penapis minyak.

Selain itu, SM Sport 110R mempunyai reka bentuk yang aerodinamik dan sporti. Model tersebut telah menggunakan model enjin 109 cc SOHC yang mempunyai fungsi penyejuk udara berdasarkan piawaian standard pelepasan EURO 3 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Tambahan lagi, enjin tersebut juga boleh mencapai 4.8k W pada 7500RPM.

Di samping itu, SM Sport 110R juga mempunyai beberapa ciri keselamatan istimewa seperti, day time running light (DRL), signal hadapan dan belakang LED, sistem suspensi belakang Kayaba(KYB), ruang penyimpanan besar 10L, suis anti-kecurian, sepasang tayar tanpa tiub dan satu 5V USB Port.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons