Honda EX5 Dream Fi Baharu, Kegembiraan Bersama 30 Tahun

PULAU PINANG, 8 Jun 2017 – Boon Siew (BSH) melancarkan EX5 Dream Fi baharu yang memenuhi piawaian EURO3 CO2 pelepasan. Slogan “Kegembiraan Bersama 30 tahun” (The Joy of 30 Year) mentakrifkan keseronokan dan sejarah model ini di mana EX5 telah berkhidmat dengan penuh bangga dan kegembiraan.

Honda EX5 diperkenalkan pada tahun 1987. Sepanjang 30 tahun di Malaysia, ia telah berkhidmat kepada lebih daripada 2 juta penduduk Malaysia. EX5, juga dikenali sebagai Cub, berada dalam pasaran dengan masa yang paling lama. Tambah pula, jumlah pengeluaran dan jualan EX5 ini akan menyumbang ke dalam pencapaian 100 juta unit siri SuperCub seluruh dunia dalam 2017.

Honda EX5 Dream Fi baharu ini adalah versi yang dinaik taraf daripada model yang dilancar pada bulan April 2015. Penambahbaik model ini menandakan bahawa BSH telah mengambil satu langkah besar sebagai pengeluar motosikal yang lebih mesra alam di mana model pemasangan tempatan (CKD) telah ditukar ke EURO3 dengan sepenuhnya. Di samping itu, EX5 Dream Fi baharu ini juga diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) di bawah Dasar Automotive National (NAP) 2014. Oleh itu, EX5 Dream Fi Baharu ini mencapai kedua-dua kecekapan bahan api dan pelepasan CO2 yang lebih rendah.

Sempena dengan ciri-ciri di atas, BSH memperkenalkan versi tambahan EX5 Dream Fi dengan roda tuangan, tayar tanpa tiub, pemegang genggaman “chrome” dan lambang Logo 3D.

Harga yang disyorkan untuk EX5 Dream Fi baharu ini bermula dari RM 4,906.74 (Kick Starter, Roda Jejari), RM 5,150.54 (Kick & Self Starter, Roda Jejari) dan RM 5,404.94 (Kick &Self Start, Roda Tuangan), termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. EX5 Dream Fi Baharu ini ditawar dalam tiga warna: Ungu Metalik (Marianna Purple Metallic), Merah Metalik (Candy Scintillate Red), Biru Metalik (Pearl Nightfall Blue) dan versi tambahan dengan Roda Tuangan dalam Hitam Metalik (Pearl Magellanic Black). Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda. Atau hubungi talian pelanggan1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).

No comments
Share:
cc