Apakah cara yang lebih baik untuk ke tempat kerja selain memandu. Menunggang motosikal adalah alternatif yang terbaik pada masa yang sama masih mengekalkan gaya masing masing. Bukan sahaja cepat sampai ke destinasi malahan lebih menjimatkan dengan kenaikan harga petrol, tol dan juga parking.
Menyedari masalah ini Vespa baru baru ini telah melancarkan kempen ‘VESPA KENAPA MEMANDU? JOM MENUNGGANG…’ Kini Vespa dilengkapi dengan enjin suntikan bahan api I-Get yang baru, unit brake ABS serta port USB. Ianya sangat menjimatkan, selamat dan mudah.
Kempen Vespa, Why Drive? Lets’s Ride ini akan berakhir pada 30 Jun 2017. Pembeli akan menerima kos pembelian minyak percuma selama 6 bulan dari pengedar yang terlibat seluruh Negara (tertakluk pada model terpilih dan tertakluk pada terma dan syarat) sila hubungi pengedar yang tertera di poster kempen.
Vespa Sprint 150 ABS dan Vespa Primavera 150 ABS boleh dimiliki dengan ansuran bermula dari RM370.00 sebulan.