Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan 4 model terbaru mereka pada Makan Malam Tahunan bersama pengedar serta sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Resort Hotel and Spa baru-baru ini.
4 model CBU tersebut adalah Kawasaki Ninja Z900 ABS dengan harga kurang dari RM58,000.00 termasuk GST dijangka berada dipasaran bermula April 2017. Z650 ABS berharga kurang dari RM 37,000.00 termasuk GST dijangka akan berada dipasaran dari Mac 2017. Ninja 650 ABS harga kurang dari RM38,000.00 juga dijangka berada dipasaran dari Mac 2017 dan akhir sekali Versys X 250 harga kurang dari RM25,000.00 tetapi tarikh akan diumumkan kemudian.
Pelancaran 4 model terbaru ini membuktikan sokongan yang kuat dari Kawasaki Heavy Industries Limited, Japan untuk Kawasaki Motors Malaysia yang terus menerus memberi komitmen terhadap perubahan citarasa pelangan Malaysia yang sentiasa inginkan sesuatu yang premium serta pemilihan motosikal dari kategori yang pelbagai.
Keempat-empat model ini akan memberi 3 konsep penunggangan iaitu Keseronokan, Keselesaan pada masa yang sama menjaga Alam Sekitar atau ‘Fun to Ride’, ‘Ease of Riding’ dan ‘Environment’. Ketiga-tiga konsep yang dicipta oleh Kawasaki Motorcycle and Engine Company ini demi menuju misi ‘Kawasaki, Working As One For The Good Of The Planet’, atau bekerja sebagai satu kumpulan untuk kebaikan bumi kita.
One Kawasaki and Let The Good Times Rolls!!
Untuk keterangan lanjut layari www.kawasaki.com.my