Honda Dash Fi Edisi Terhad “wow” pasaran hari ini
– Ciri-ciri wajah baru: warna hitam matte, grafik baru dan pelekat rim tuangan (stiker “sport” rim) berwarna merah eksklusif
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad dengan penampilan santai dan bergaya, boleh didapati dalam pasaran hari ini. Ini adalah untuk menyelaras sambutan meriah daripada Honda EX5 Fi Edisi Terhad beberapa bulan lepas.
Gabungan warna badan dan grafik baru telah meningkatkan penampilan santai dan bergaya Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad tersebut. Ciri baru yang lain seperti tayar tanpa tiub dengan stiker “sport” rim merah eksklusif juga memberikan wajah baru kepada jentera ini.
Motorsikal ini juga dilengkapi dengan sistem brek dwi-cakera. Ia juga dijanakan oleh enjin 109cc empat lejang dengan Sistem Suntikan Bahan Api terancang (PGM-Fi) dan juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Dengan ciri-ciri teknologi tersebut, ia bukan hanya meningkatkan prestasi, malah mencapai penjimataan bahan api serendah 1.8L/100KM.
Harga saranan bagi Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad adalah RM 5,775.94 (Siri S – Brek Cakera Tunggal) dan RM 6,040.94 (Siri R – Brek Dwi Cakera), termasuk GST. Model ini dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000km jaminan pengeluaran (yang mana terdahulu).
Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau
Facebook: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda