Perjanjian termeterai antara Boon Siew Honda dengan Honda Motor Co. Ltd untuk mengeksport RS 150R

24 April merupakan hari bersejarah untuk Pengeluar motosikal terkemuka di Malaysia, Boon Siew (BSH) apabila BSH menandatangani satu perjanjian dengan Motor Co., Ltd. (HM) di Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk mengeksport model motosikal tempatan, RS150R mengikuti dasar kerajaan dan menggalakkan kesan positif di Malaysia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) turut hadir di Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk menyaksikan acara sulung ini di MAI, Cyberjaya.

Dengan lebih daripada 60 tahun kewujudan pasaran di Malaysia, BSH melihat satu jualan lebih besar dengan mensasarkan 700 unit RS150R untuk dieksport dalam tahun fiskal pertama ini. Model RS150R telah dilancarkan pada Jun 2016 dan di pasaran untuk rakyat Malaysia pada Ogos 2016.

“Ini ialah peluang besar untuk BSH kerana kami telah mempelajari perniagaan eksport untuk beberapa tahun dan sekarang kami akhirnya sedia. Kami yakin dengan model RS150R memandangkan ia salah satu model paling laris dalam BSH. Kami berjaya mencapai jumlah 17,000 unit pengeluaran dalam hanya lapan bulan sejak mula dikeluarkan pada Ogos 2016” kata En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Dengan kekuatan perkongsian antara Motor and BSH, kedua-dua pihak telah menyatukan visi mereka menawarkan motosikal-motosikal inovatif dan boleh dipercayai kepada orang awam melalui perjanjian terbaru mereka.
Honda kini memegang 26% pasaran daripada jumlah bahagian pasaran di Malaysia sehingga dalam Mac 2017 dan menyasar 5% peningkatan dalam akhir 2017 / 2018 tahun fiskal. BSH baru-baru ini meraikan pencapaian 132% jualan dalam tahun fiskal lepasnya.
Boon Siew Sdn. Bhd.
Keputusan jualan tahun fiskal lepas : 107,000 units
Rancangan jualan tahun fiskal ini : 130,000 units

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons