PASUKAN SUKAN BERMOTOR PERTAMA MALAYSIA MENGETUAI SATU HATI. PASUKAN HONDA ASIA DI SUZUKA 8 HOURS

Pencapaian baharu pasukan Boon Siew Motorsports sebagai pasukan Malaysia pertama yang mengetuai Satu HATI. Team Asia di Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40

Pengurus Pasukan Boon Siew (BSH) Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama kumpulan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia pertama yang menerajui Satu HATI. Team Asia di Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40, sekali gus memberi peluang untuk mengangkat BSH di persada antarabangsa.

Bagaimana Golongan Belia Malaysia Bersinar di Pentas Antarabangsa

Satu HATI. Team Asia diwujudkan pada tahun 2012 dengan misi untuk membangunkan sukan permotoran di rantau Asia. Pada tahun pertama penubuhannya, pasukan tersebut mempunyai dua penunggang dari Jepun dan seorang dari Malaysia – Azlan Shah Kamaruzaman. Antara penunggang Jepun tersebut, Makoto Tamada merupakan penunggang lagenda berpengalaman yang telah memenangi perlumbaan MotoGP pada tahun 2004. Di sinilah permulaan bagi anak muda dari Malaysia untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan (endurance) kelas dunia.

Pada tahun 2012, mereka melintas garisan penamat pada kedudukan ke-25. Pada tahun kedua, Azlan Shah sekali lagi dijemput dan pasukan tersebut, bersama Tamada dan Yuki Takahashi juga merupakan penunggang MotoGP, berjaya meraih tempat ke-6.

Pada tahun berikutnya iaitu 2014, Tamada dilantik sebagai pengurus pasukan dengan tiga penunggang dari Malaysia, Indonesia dan Australia. Seorang lagi penunggang muda dari Malaysia, Mohamad Zamri Baba telah menyertai pasukan tersebut dan berjaya mendapat tempat ke-7 pada perlumbaan tahun berkenaan.

Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visinya untuk membentuk sebuah pasukan Asia “tulen” yang bukan hanya mempunyai penunggang, tetapi juga membabitkan mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia. Sehubungan itu, Tamada telah melantik pasukan Boon Siew untuk menyokong dan melatih mereka secara perlahan-lahan dan kakitangan Boon Siew sebagai pasukan mekaniknya.

Penunggang Lagenda – Pengurus Pasukan – Makoto Tamada

Makoto Tamada juga penunggang motosikal MuSASHi Boon Siew dalam perlumbaan ARRC and bermula dengan Satu HATI. Team Asia pada tahun 2012 Pada 2014, Tamada memutuskan untuk menjadi Pengurus Pasukan Satu HATI. Team Asia dan telah menguruskan pasukan berkenaan sehingga penganjuran Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” yang ke-39. Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visi untuk mewujudkan sebuah pasukan Asia “tulen” yang melibatkan penunggang, mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia.

Pada tahun ini, impiannya akan tercapai apabila beliau melantik Zulhelmi Ahmad dan pasukannya dari Boon Siew Motorsports Malaysia untuk mengetuai dan menguruskan Satu HATI. Asia Team bagi edisi ke-40 perlumbaan tersebut.

 Anak muda Malaysia – Pengurus Pasukan – Zulhelmi Ahmad

Zulhelmi bersama Ketua Mekanik, Muhammad Zarul Bin Sirat dan Ketua Jurutera Data, Mohamad Redzuan Bin Kamis merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik Makoto Tamada untuk mengetuai Team Asia.

Pasukan tersebut turut melibatkan penunggang, Zaqhwan Zaidi (MAS), Ratthapong Wilairot (TH), and Dimas Ekky Pratama (IND) yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 pada perlumbaan endurance Suzuka pada tahun lalu.

Pada 2002, Zulhelmi memulakan kerjayanya di perlumbaan Malaysian Cub Prix dan bersara sebagai penunggang profesional untuk BSH pada 2007. Dengan matlamat untuk mengikuti minatnya, beliau menyertai BSH pada tahun 2010 sebagai Koordinator Pasukan Musashi Boon Siew Racing dan telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Pasukan pada 2016. Kepimpinan dan bimbingan yang diberikan Zulhelmi telah membawa kepada kejayaan peringkat kejuaraan dan podium bagi penunggang tempatan seperti Khairul Idham Pawi, Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman.

Sejak beberapa tahun lalu, BSH berminat dalam pembangunan peminat muda sukan permotoran tempatan dengan menyediakan pelbagai platform bagi individu untuk berkembang dan mencapai kejayaan dalam kerjaya sukan permotoran. Mempunyai pasukan tempatan yang bersaing di peringkat antarabangsa merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan BSH.

Anak muda Malaysia – Ketua Mekanik – Muhammad Zarul Bin Sirat

Muhammad Zarul memulakan kerjanya sebagai mekanik Motorcross Malaysia selama tiga tahun sebelum menyertai Boon Siew pada 2009. Dengan pengalaman melebihi 8 tahun sebagai mekanik, Zarul merupakan tulang belakang bagi penunggang MUSASHi Boon Siew Racing Team dalam sukan bermotor dua roda seperti Suzuka 4 Hours, ARRC 600 serta Suzuka 8 Hours. Minatnya yang mendalam serta komitmen yang diberikan beliau telah membawa penunggang tempatan seperti Emir Firdaus and Zaqhwan Zaidi ke peringkat juara.

 Anak Muda Malaysia – Ketua Jurutera Data – Mohamad Redzuan Bin Kamis @ Johan

Mohamad Redzuan memulakan kerjaya sebagai mekanik bagi Boon Siew sejak tahun 2010. Dengan pengalaman yang dimiliki sebagai mekanik perlumbaan untuk sebuah pasukan peribadi dalam Malaysian Cub Prix, Redzuan telah menjadi salah seorang daripada ahli pasukan mekanik teras yang menyokong MUSASHi Boon Siew Racing Team sejak 7 tahun lalu.

Seperti Muhamad Zarul, beliau telah menyertai pelbagai perlumbaan sukan bermotor dan membantu penunggang seperti Azlan Shah, Zambri Baba dan Zaqhwan Zaidi.

 

Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40 akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2017.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons