Spec dan Warna Baharu untuk 2017 CBR650F dan CB650F

Boon Siew (BSH) melancarkan mesin empat silinder kelas pertengahan (middleweight) CBR650F dan CB650F model 2017 dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu.

2017 CBR650F dan CB650F menerima banyak peningkatan, dari segi kuasa puncak, kedua-dua ini mencapai ke 67kW @ 11,000rpm berbanding dengan model 2016. Peningkatan ini terhasil pengurusan aliran masuk dan ekzos yang baru dari muffler yang lebih pendek. Showa Dual Bending Valve (SDBV), fork hadapan yang baharu, dan caliper Nissin brek meningkatkan pengalaman menunggang. 2017 CBR650F dan CB650F kini datang dengan lampu LED depan dan belakang. Reka-bentuk luaran agresif dua-dua model ini menonjolkan rupa keseluruhan yang boleh dirasai dalam FireBlade 2017 CBR1000RR.

 

CBR650F dan CB650F baharu ini boleh didapati di Pengedar Impian mulai 1st Ogos 2017

Model Warna Harga
CBR650F 1.  Mat Gun Powder Black (Hitam)

2.  Millennium Red (Merah)

3.  Pearl Metalloid White (Putih)

STD: RM 47,115.94
CB650F 1.  Mat Gun Powder Black (Hitam)

2.  Millennium Red (Merah)

3.  Pearl Spencer Blue (Biru)

4.  Sword Silver Metallic (Perak)

STD: RM 44,995.94

Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 CBR650F dan CB650F Baharu ini, sila layari laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   Atau hubungi talian percuma 1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons