Benelli RFS150i LE Edisi Terhad Dengan Jalur Warna Khas

Pengedar jentera buatan Itali, Benelli, MForce Bike Holdings Sdn Bhd kini memperkenalkan edisi terhad lakaran grafik berserta jalur warna khas untuk model RFS150iLE.

Mengambil lakaran corak warna bendera Itali, negara kelahiran jentera Benelli, model RFS150iLE edisi terhad hanya dikeluarkan sebanyak 5,000 unit bagi jualan di seluruh dunia.

RFS150iLE akan diperkenalkan kepada peminat di tanahair pada 24 Disember ini, menampilkan beberapa ciri-ciri khas selain lakaran grafik warna pada bahagian badan jentera tersebut.

Edisi terhad ini turut menampilkan pemegang dibahagian belakang dengan calitan warna merah. Pemijak kaki pembonceng turut diperkemaskan dengan warna perak sementara lapisan rim turut dihiasi dengan warna putih bagi menambah kemeriahan kedua-dua roda terbabit.

Menambahkan lagi gaya menarik pada jentera RFS150iLE edisi terhad ini, ia turut dipasang dengan tuil menarik mudah laras di bahagian brek dan klac gear selain pemasangan suspensi mono spring jenis Kayaba dan siri nombor yang tertera pada bahagian tengah jentera terbabit.

Bagi mereka yang ingin memiliki motosikal Benelli RFS150iLE, mereka turut menerima sijil keahlian pemilik yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pengarah Teknikal Benelli Itali, Marco Bellucci.

Model RFS150iLE kini boleh didapati pada pengedar yang sah diseluruh tanahair pada tanda harga RM7,488.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) atau anda bolehlah mengunjungi pengedar yang sah untuk maklumat lanjut.

 

Peluang Memenangi Jaket Eklusif Dan Barangan  Cenderhati dari Benelli

Bermula dari 24 Disember hingga 3 Februari 2019 pemilik variasi RF150i berpeluang untuk memenangi sehelai jaket Edisi Terhad dari Benelli atau berpeluang untuk menebus barangan cenderahati seperti sehelai jersi Benelli RF150i dan juga barangan lain.

Bagaimana caranya…

    1. Anda hanya perlu membeli mana-mana model Benelli dari varian RF150 di
      mana-mana pengedar sah di seluruh negara.
    2. Lengkapkan borang pendaftaran secara dalam talian untuk menebus barangan
      cenderhati menarik dari Benelli.
    3. Muat naikkan bukti pembelian anda ke http// www.benelli.my/rfs 150/
      untuk menebus sehelai jersi Benelli yang menarik.
    4. Pembeli dengan bukti pendaftaran JPJ, VOC (sijil pemilikan
      kenderaan) / geran turut boleh mendaftarkan diri sepanjang kempen yang
      berlangsung dari 24 Disember hingga 3 Februari depan.
    5. Semua pembeli yang berdaftar dalam talian secara automatik layak untuk
      memasuki Cabutan Bertuah, di mana TIGA (3) pemenang bertuah bakal membawa
      pulang Jaket Edisi Terhad Motosikal Benelli.
    6. Pemenang hadiah Cabutan Bertuah akan diumumkan dihalaman Facebook rasmi
      Benelli Malaysia dan bagi memastikan nama anda diumumkan sebagai pemenang,
      sila LIKE dan Follow halaman Facebook kami untuk mendapat maklumat muktahir.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.benelli.my/rfs150/

No comments
Share:
cc