Maxfly Kunci Keselamatan

Satu lagi jenama yang terulung dalam aspek keselamatan motorsikal yang sudah lama berada di pasaran Malaysia adalah jenama Maxfly.

Maxfly tampil sebagai jenama kunci keselamatan yang memenuhi keperluan pengguna hari ini. Kunci keselamatan jenama Maxfly buatan Taiwan memiliki beberapa ciri keselamatan seperti anti dicungkil, anti diumpil, anti gergaji, tahan dari disentak, efesien, tahan lasak dengan kualiti terbaik.

Maxfly turut mengeluarkan beberapa model kunci keselamatan pilihan bagi memenuhi keperluan setiap pengguna.

Maxfly kunci disk MX3027 dan kunci V MX3026 merupakan kunci keselamatan bertaraf 3 bintang serta merupakan model pilihan penunggang motosikal. Model kunci ini digunakan pada cakera brek motosikal supaya roda tidak boleh berpusing kerana tersangkut pada bahagian kaliper brek. Model kunci ini lebih kecil dan mudah disimpan.

Maxfly Pad Lock MX620-BK merupakan kunci keselamatan bertaraf 5 bintang. Kunci model ini merupakan pilihan utama pengguna masa kini memandangkan peranan dan fungsinya cukup meluas dan pelbagai.

Selain untuk kegunaan motosikal, kunci model ini juga sangat sesuai untuk pintu dan pagar rumah atau pejabat.

Sementara itu, kunci keselamatan Maxfly model U-Lock MX530 dan model O-Lock MX220 merupakan kunci keselamatan bertaraf 4 bintang. Pengguna motosikal menggunakan kunci model ini pada bahagian suspensi depan atau belakang dan dikunci bersama roda.

Kunci model ini pilihan kepada pengguna motosikal yang tidak mempunyai brek cakera. Selain itu, kunci ini juga sesuai untuk pagar rumah atau pejabat.

Maxfly turut memperkenalkan Rimender Cord sebagai alat untuk peringatan bahawa kunci keselamatan belum dibuka kerana kadang-kadang kita mudah lupa. Rimender Cord boleh mengelakkan kerosakan terhadap motosikal akibat kecuain kita. Kesemua produk kunci keselamatan Maxfly kini boleh didapati dipasaran tempatan dan bengkel-bengkel terpilih.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons