Perhiasan Skullsnation MY

Tiba dari Australia, apabila seorang ahli kelab Harley Davidson mendekati anda di sebuah kafeteria kecil di tepi jalan sambil membawa sebuah bagasi yang sangat besar berwarna hitam yang boleh memuatkan selaras senapang, semestinya adrenalin anda semakin memuncak dan meninggikan lagi sensitiviti deria rasa anda. Namun, ini adalah Malaysia, yang mana bagasi besar yang di bawa oleh lelaki itu tadi dipenuhi dengan barangan kemas. Mungkin pasaran perhiasan barangan Skullsnation MY masih baru di Kuala Lumpur, namun biker-biker tegar sudah lama menjadi peminat setia keluaran ini dan kini ia menghasilkan barang kemas yang berkualiti tinggi serta hiasan hasil kerja logam yang lain kepada penunggang

 

Di dalam 90 minit seterusnya di kafeteria itu, kami melalui proses pembikinan dan memeriksa pelbagai jenis rekabentuk cincin peribadi, lencana, anting-anting dan kepala tali pinggang. Proses kustomisasi terhadap produk-produk pilihan pelanggan melibatkan perundinganan bersama pelanggan itu sendiri. Dari persetujuan rekabentuk 3D berkomputer hingga ke penyelidikan terhadap model lilin sebelum acuan utama dijadikan sebagai permulaan hasil keluaran, digilap, dan disudahi dengan mendapatkan kelulusan terakhir sebelum pengeluaran secara besar-besaran dimulai

 

Kepelbagaian rekabentuk peribadi setakat ini termasuk cincin, anting-anting, kepala tali pinggang, pin/lencana, butang vest, rantai tangan, butang tali pinggang serta tombol gear kereta. Setiap hasilan boleh di buat dari perak 925 sterling, emas atau tembaga putih, tetapi ianya hanya terhad kepada imaginasi pelanggan. Minimum kuantiti barangan boleh dipesan serendah hanya satu unit untuk individu yang arif hingga sebanyak mungkin kuantiti mengikut kehendak pelanggan. Barangan Skullsnation menjamin setiap pesanan kustomisasi secara ekslusif untuk kelab-kelab motorsikal, yakni hanya mengeluarkan produk kepada yang mencipta rekabentuk sahaja.

 

Skullnation MY boleh menghasilkan barang kemas secara kustomisasi kepada kesemua jenis komuniti atau kelab, organisasi malah kepada organisasi kerajaan. Pelanggan mereke terdiri daripada Kayan MC (Brunei), BBMC (Indonesia), Rascal Riders MC (Indonesia), Warpigs MC (Malaysia), Satudarah MC (Malaysia), Road King MC New York (AS), NVMC (AS), IMC (Brunei), OffTheDay (Malaysia) dan ditubuhkan oleh biker, kepada biker seangkatan.

 

Kepada anda yang berminat untuk melihat sampel atau membuat pesanan atau hanya ingin mengemukakan soalan, hubungi Skullsnation MY. Meraka juga sedang mencari wakil penjual setempat yang berminat di dalam pemasaran dan penjualan barang kemas Skullsnation.

 

Nombor Telefon : 012-34000855

Facebook : Skullsnation Skullsnation MY

Email : skullnation.my@gmail.com

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons