MV Augusta terus meluaskan rangkaian motosikalnya selepas memperkenalkan Rivale 800 dengan Brutale 800 Dragster yang baru. Menjadi lambang kepada daya tarikan sukan gaya motard dan prestasi jalan ultra-dinamik, Brutale 800 Dragster menjadikan konsep ‘keghairahan motosikal’ suatu kenyataan di hadapan mata. Sebuah motosikal bukan sahaja kaedah pengangkutan tetapi juga simbol kebebasan dan keperluan kita untuk keluar menerokai alam serta menikmati setiap perjalanan batu demi batu — menikmati setiap saat kebebasan itu. Brutale 800 Dragster yang baru melambangkan dan menghidupkan cita-cita serta impian setiap penunggang, menjadikannya sebuah kenyataan di atas jalan raya sebagai keseronokan dan saat-saat yang tidak dapat dilupakan.
Brutale 675 dan 800, yang mempunyai 3 silinder, telah memperkenalkan keseronokan hebat yang datang apabila menunggang motosikal ‘telanjang’ berprestasi tinggi. Kebolehtunggangan yang tinggi, daya pengawalan kuasa yang mantap, berat yang ringan, rekaan yang hebat serta nilai untuk wang yang luar biasa. Kombinasi yang tiada tandingan ini telah menjadikan motosikal Brutale 3 silinder sebuah kejayaan yang besar. Kini Brutale 800 Dragster maju selangkah besar ke masa hadapan tanpa melupakan masa silam. Bagi model Brutale yang paling ekstrim setakat ini, kompromi bukanlah pilihan.
Membawa gaya sedikit kasar dan sedikit kurang sopan, Brutale 800 Dragster tetap penting, bersahaja, lantang dan agresif. Memiliki kuasa yang hebat, model ini membawa konsep keriangan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Pada masa yang sama ia diinspirasikan oleh idea-idea yang membentuk model-model motosikal 4 silindar Brutale awal, intipati-intipati asas konsep ‘telanjang’ serta monumen kepada pengayaan yang tiada tandingan. Menghubungkan masa silam dan masa depan, Brutale 800 Dragster merangkumi kedua-dua pengalaman dan intuisi, melambangkan permotoran masa silam, masa kini dan selamanya. Intipati yang sejati. Keseronokan yang sejati. 100% Brutale.
Dengan seni buatan Itali sepenuhnya, Brutale 800 Dragster membawa DNA motosikal lumba ‘dragster’ yang epik dan dibina khusus untuk melepaskan kuasa ledakannya dalam tempoh beberapa saat dari kibaran bendera perlumbaan sehingga saat klac dilepaskan. Tempoh beberapa saat yang panas dan menyaksikan getah tayar berasap di atas jalan. Tempoh beberapa saat yang berlalu pantas dalam mengejar sensasi-sensasi yang tidak mungkin dilupakan.
Brutale 800 Dragster membuka luas pintu-pintu yang membawa kita ke idea yang mana kebebasan itu boleh dicapai menggunakan dua tayar. Malah mungkin boleh dengan satu tayar sahaja.