HONDA CBR500R – Bukti sifat rendah diri Honda

Baru-baru ini telah melancarkan trio motosikal 500cc mereka diikuti dengan memperkenalkan siri NC700 serta model-model bajet yang lain. Tanpa ragu-ragu lagi ini membuktikan sifat rendah diri Honda. Ketiga-tiga model 500cc dihasilkan di Thailand, yakni kali pertama buat bagi kapasiti yang begitu besar sekaligus menjelaskan mengapa harga model-model ini sungguh kompetitif berbanding pesaing-pesaing Honda.

Apa yang saya perolehi adalah CBR500R, model sport di kalangan trio tersebut. Secara asasnya, ketiga-tiga model mempunyai rekaan casis yang sama dengan sedikit ubahsuaian pada bahagian tunggangan. Enjin-enjinnya semua sama iaitu cam overhead berkembar selari 471cc berbanding enjin cam tunggal NC700 yang secara asasnya adalah enjin Jazz yang dipotong dua. Enjin 471cc ini mempunyai daya sesaran kuasa setinggi 47hp dan telah memaksimumkan enjin ini untuk penunggang-penunggang kurang berpengalaman atau dengan kata lain golongan yang baru berjinak-jinak dengan kategori 250cc ke atas.

Enjin ini sangat lembut dan lancar biar pun ketika anda menghidupkannya. Ironinya, ER6 saya tampak lebih seperti Ducati versi Jepun jika dibandingkan dengan enjin 471cc ini. Tidak seperti enjin-enjin kembar keluaran pesaing Honda, getaran agak minima dari handel motosikal hinggalah ke pasak kaki. Saya hampir lupa bahawa saya menunggang motosikal berenjin kembar selari kerana rasanya seolah-olah enjin emapt selari. Agak mengejutkan juga bila respon enjin agak lancar; menukar gear dari pertama hingga ke gear ketiga seolah-olah meluncur pada gear 4 dan tidak ada tujahan apabila memecut berbanding apa yang saya alami pada motosikal-motosikal enjin kembar lain. Jurutera-jurutera telah melakukan kerja yang baik dalam mengimbangi dan meminimakan getaran.

Di sepanjang julat ligatan enjin, sukar bagi penulis mengesan sebarang getaran, tidak seperti ER6 yang sedikit bergetar di antara 3800 ke 4000 rpm. Selain komen yang sangat baik tentang enjin 471cc ini, kecekapan minyaknya juga mengagumkan kerana jarak 25km seliter adalah dijamin. Malah 27km seliter seperti yang direkomenkan oleh juga boleh dicapai jika anda berhati-hati memusing pendikit. Jika saya hendak mengulas sebarang kelemahan pada enjin ini, satu-satunya masalah adalah kedudukan loji janakuasanya yang agak rendah jika motosikal mempunyai beban berat dan mencari gear neutral juga agak sukar walaupun penukaran gear pada motosikal ini bertaraf tinggi. Namun dengan sebuah motosikal yang mampu mencapai lebih daripada 180km sejam, motosikal ini lebih dari mencukupi bagi mereka yang baru pada kategori bawah 500cc.

Motorsikal ini dihasilkan bertujuan untuk memberi pengalaman menunggang gembira dan selamat. Tindak balas enjin terhadap anda adalah lancar dan segera, enjinnya mudah dikawal, motosikal ini ringan dan sebagainya. Siri CB500 lebih menumpukan terhadap praktikaliti dan bermatlamat untuk memberikan pengalaman penunggangan terbaik kepada penunggangnya. Jangan tertipu dengan tahap kuasanya yang rendah kerana motosikal ini bak serigala bertopengkan biri-biri. Saya tidak menghadapi sebarang masalah menunggangnya semasa mendaki Genting Highland, cuma satu-satunya kelemahannya di sini adalah anda perlu memusing pendikit lebih jauh semasa mendaki bahagian-bahagian jalan yang paling curam. Semasa menuruni bukit pula, kuasa enjin tidak penting tetapi dari segi cengkaman tayar, tayar stok daripada kilang tidak begitu kuat cengkamannya terutamanya semasa jalan raya sedikit basah. Dengan berat kurang 200kg, motosikal ini boleh dibawa membelok dengan mudah, kelincahannya sedikit sebanyak mengimbangi kekurangan dari segi kuasa. Penulis seringkali memecut dan memotong beberapa motosikal berkuasa tinggi lebih-lebih lagi ketika di selekoh.

Selain penunggangan di bukit yang mencabar, saya juga mendapati model ini mudah ditunggang di dalam keadaan lalu lintas sesak. Ringan dan mempunyai ketinggian tempat duduk yang rendah, penulis bak ikan kecil di lautan dan boleh meluncur pada satu gear sahaja semasa melintasi kenderaan-kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan. Inilah antara kelebihan menunggang dengan enjin yang mempunyai lebih daripada 2 omboh.

Bahagian-bahagian yang digunakan dalam siri CB ini tidaklah hebat tetapi boleh diterima. Perlu diingat bahawa model-model ini adalah kategori bajet maka pasti terdapat pengurangan kos dalam beberapa aspek sampingan. Selain berkategori bajet, bahagian-bahagian plastiknya tidak tampak murah, namun ketahanannya kuat dan tidak ada bunyi getaran plastik yang dapat didengari. Bagi sebilangan bahagian-bahagian yang digunakan pula, pengemasannya mungkin tidak secantik pesaing-pesaingnya tetapi apabila memikirkan harganya, saya tidak gusar asalkan motosikal ini boleh berfungi tanpa sebarang masalah. Wayar-wayar elektrik terlindung rapi dan pengemasan di atas reraut juga elok. Boleh dikatakan bahawa terdapat model-model yang lebih mahal tetapi gagal mencapai standard sebegini.

Honda melakukan tugas yang baik dari segi mengurangkan pembaziran semasa menghasilkan motosikal ini. Dapat dilihat bahawa cakera brek belakang sebenarnya dipotong keluar daripada unit hadapan dan dengan kata lain hanya satu kepingan logam digunakan pada cakera breknya. Walaupun dibina dengan sasaran kos rendah untuk kebanyakan bahagian-bahagiannya, motosikal ini sebenarnya mengagum dari segi cakera brek Nissin tunggalnya yang berfungsi cekap dengan satu pergerakan jari sahaja, jauh lebih baik daripada kebanyakan model-model di luar sana.

Secara keseluruhannya, penulis berpendapat model ini sungguh hebat, bukan dari segi kuasa, fesyen atau rekaan tetapi dari segi kebolehgunaan dan praktikaliti. Asasnya, berjaya memberikan sebuah pakej yang sangat lengkap dan pakej ini meliputi setiap aspek kategori ini bagi memenuhi keperluan seorang penunggang baru. Ia dibina berasaskan kepercayaan dan budaya dan pada harga permulaan RM28,288, ketiga-tiga model ini menjanjikan nilai untuk wang yang dilaburkan. Malah bahagian gantian juga tidak akan sukar diperoleh memandangkan Boon Siew mempunyai rangkaian pengedar yang sangat luas di Malaysia. Siri CB500 ini berjaya menambat hati penulis.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons