Victory Judge

Pada tahun 1969 Syarikat kereta Amerika Pontiac telah merungkai semula model GTO-nya untuk membina sebuah kereta kos rendah bernama ‘The Judge’. Kini setelah 45 tahun, motosikal Victory melakar sejarah dengan ‘muscle motorcycle’ nya, the Victory Judge

Reka bentuk dan Ergonomik

The Judge merupakan sebuah ‘cruiser’ lengkap dalam erti kata sebenar, tanpa ciri–ciri tokok tambah. Walaupun dibina untuk mampu dimiliki, ia tetap mengekalkan tahap kualiti yang tinggi sekaligus layak memegang nama Victory. Tidak terlalu banyak plastik mahupun peralatan yang bosan dan berkarat, manakala menunggangnya memang terasa mantap. Malahan tiada terasa gegaran dan getaran yang sinonim dengan enjin V-twin.

Handel Drag dan kawalan tengah yang dipasang pada paras sederhana mempengaruhi posisi tunggangan, di mana sang penunggang menyandar sedikit ke hadapan dengan gaya agresif. Ini bukan sahaja memberikan keselesaan malah mengambil selekoh tajam menjadi lebih mudah. Cuma ada sedikit halangan dari segi ‘ground clearance’ yang rendah, dan juga peg boleh-lipat akan mudah bersentuh dengan permukaan jalan. Ini memberi amaran awal kepada penunggang agar tidak terlalu ghairah. Victory boleh dilengkapkan dengan absorber belakang lebih panjang untuk menaikkan sedikit bahagian belakang motosikal sebanyak 22mm.

The Judge memiliki gaya yang konsisten dan setara dengan sepupunya yang beroda empat, dengan rim 16” sport jenama mag 5 batang, memberikan tunggangan yang lebih lancar, sementara lampu hadapan hitam nasel, speedometer satu tolok (yang sebenarnya mempunyai banyak maklumat terselindung), tangki minyak 17L yang kemas, penampilan enjin yang kehitaman, penutup penapis udara aluminium, lapikan aloi di sepanjang fender belakang, lampu signal LED yang diintegrasi dengan lampu belakang, semuanya memberikan the Judge paras rupa yang sangat kemas. Bagi mereka yang mahukan lebih sentuhan peribadi, panel dalaman yang terletak betu-betul di bawah tempat duduk sememangya menunggu masa sahaja untuk di kustom, sama ada sedikit ataupun ke tahap yang lebih ‘menggoda’.

 

Enjin dan Komponen

Nadi penggerak the Judge merupakan enjin Freedom 106/6 V-twin; 1731cc, 50°, yang menghasilkan hampir 150Nm walaupun tidak memberi kuasa seperti enjin-enjin yang lebih sporty. Cubalah walau sekejap, sudah tentu anda akan faham tujuan lip di belakang tempat duduk. Ia akan memastikan kedudukan anda kemas tatkala menyusuri lebuhraya. Pastikan pembonceng berjaga-jaga kerana lengkungan kuasa yang berterusan dan juga gegaran walaupun sedikit boleh menyebabkan pembonceng tergelongsor dari tempat duduk.

Kawalan pendikit pula cekap dan cepat, manakala barisan jurutera di Victory telah berjaya menghasilkan klac yang mampu melepaskan torque motosikal ke tayar belakang dengan begitu lancar dan tidak mengejut. Pertukaran gear perlu dibuat dengan kemas, namun gear tetap akan masuk. Saya tidak pernah terlepas satu gear pun, sementara gear jenis potongan helik memastikan tunggangan yang senyap dan terjamin dalam kesemua 6 gear. Kuasa boleh-pakai yang besar dan juga nisbah gear yang panjang mengurangkan keperluan untuk menukar gear dengan kerap ketika melalui jalan yang bersimpang siur, dan gear keenam memberikan gabungan overdrive tulen dan kuasa memotong yang sewajarnya.

Namun terlihat juga hasil mindset mampu-milik apabila brek dan suspensi diteliti. Walaupun 300mm cakra depan dan belakang mungkin nampak seperti tidak mencukupi, akan tetapi kaliper 4 piston depan dan kabel brek yang dibuat dari ‘stainless steel’, dan tapak roda yang panjang memberi setup brek yang selesa, dan apabila anda sudah biasa dengan mengharapkan lebih kepada brek belakang berbanding dengan motosikal lain, tidak akan ada masalah untuk mengurangkan kelajuan cruiser seberat 300kg ini. Walaupun gaya fork jenis katrij dan suspensi boleh laras belakang agak biasa dan konvensional, ia masih mampu menyerap hentakan dari lubang yang teruk sekalipun tanpa memberi tekanan mengejut ke tulang belakang penunggang, sambil mengekalkan kedudukannya ketika melalui selekoh.

 

Tunggangan

Meronda dalam kawasan bandar dengan kelajuan rendah sebenarnya jauh lebih mudah dari yang disangka. Ini adalah hasil daripada wheelbase 1647mm yang agak rendah (paling rendah berbanding mana-mana motosikal Victory lain) dan ketinggian tempat duduk yang sangat rendah iaitu 658mm, memberi kemudahan ketika keadaan lalu-lintas yang sesak dan ketika mencelah di ruang yang sempit. Tempat duduk juga luas, menjamin keselesaan di kala melalui lebuhraya yang panjang, manakala tahap getaran enjin yang rendah memastikan cermin sisi tidak terlalu bergetar.

Cuma ada satu perkara tentang Victory Judge yang agak sedikit membimbangkan iaitu potensi untuk berlakunya ‘terkunci’ di bahagian belakang ketika menurunkan gear. Walaupun tayar belakang jenis ‘kompaun keras’ 140 seksyen yang melengkapi motosikal ini mampu melalui selekoh dengan mudah, anjakan enijn yang besar mengakibatkan kuasa brek yang agak keterlaluan. Kami mendapati bahawa masalah ini boleh langsung dielak dengan memulas pendikit sedikit ketika menurunkan gear. Namun, perkara ini tetap harus diberi perhatian.

 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, The Judge menunaikan apa yang dihasratkan – prestasi mantap dan keselesaan, semuanya di dalam pakej yang cukup menarik dan mampu dimiliki. Pada masa yang sama ia memberi 13% lebih kuasa dari pesaing terdekatnya. Bunyi ekzosnya cukup kuat untuk menarik perhatian, tanpa tampak terlalu berlagak, dengan paras rupa yang sangat padan. The Judge sememangnya mempunyai kelainan berbanding motosikal lain. Kelainan ini tentu memberikannnya kelebihan dalam menarik pengikut-pengikut baru.

 

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons