Artikel/Foto: Ujang ERC/ ManCyber
‘No Highway Ride’ adalah cetusan idea dari saudara Saiful yang inginkan kelainan untuk ahli-ahli ERC XTREME. Setelah diadakan beberapa siri mesyuarat maka kata sepakat dicapai dan dipersetujui oleh semua ahli, destinasinya adalah ke Utara tanahair melalui Kuala Lumpur, persisiran pantai barat, Penang dan ke sempadan Wang Kelian, Perlis seterusnya melalui Grik, Perak dan laluan jalan pantai timur. Tujuan ‘NHR’ ini adalah untuk merasai keindahan alam di laluan jalan lama Malaysia dan seboleh-boleh tidak melalui lebuhraya.
Jom gerak…
Kami berkumpul di Restoren Zaman yang terkenal dgn Nasi Lemak Special di Batu 12 Jalan Gambang, Kuantan. Tepat jam 845 pagi seramai 12 orang ahli ERC XTREME memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur melalui jalan lama Bandar Maran dan Temerloh yang terkenal dengan ikan patin untuk mengisi minyak. Melalui situ kami ke Karak melintasi Bandar Lancang dan seterusnya tiba di Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengahari. Perjalanan kami agak lewat disebabkan pergerakkan trafik dari Gambang ke Karak agak sibuk dengan kenderaan berat yang mana memaksa kami mengurangkan kelajuan.
Di Kuala Lumpur, kami sempat mengunjungi bengkel McDonas yang memang terkenal di kalangan ahli. Kunjungan kami disambut baik oleh pemilik En Khairul. Disini kami juga bertemu rakan-rakan dari kelab skuter SEC, KL untuk bertanya khabar manakala 2 rakan ERC, Epin & Epul mengambil kesempatan membuat servis motor mereka.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Selangor melintasi Tanjung Karang, Sabak Bernam dan lain-lain dearah menggunakan laluan di pesisiran pantai barat. Memang mempersonakan melihat suasana kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri lama dengan berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau, kami sempat singgah untuk bergambar.
Kami meneruskan perjalanan ke pekan Sabak Bernam menuju ke Sitiawan Perak, waktu sudah menunjukkan 4 petang dan kami terpaksa memperlahankan tunggangan memandangkan permukaan jalan yang tidak memuaskan serta agak sempit dan berisiko.
Hampir 2 jam menunggang, kami singgah sebentar di Pantai Remis, Perak untuk mengalas perut. Kebetulan semasa kami sampai, suasana agak sibuk dengan penjual pasar malam yang sedang memulakan perniagaan. Walaupun perjalanan masih jauh, namun kami semua masih tetap bersemangat dan ceria.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang melalui Gopeng dan tiba di ‘check point pertama lebih kurang jam 10 malam. Di situ sudah menanti rakan-rakan dari kelab skuter NEC Penang untuk membawa kami ke restoren Nasi Kandar yang terkenal di sini sebelum kami melabuhkan tirai hari pertama.
Hari kedua, kami sempat singgah di sebuah kedai aksesori di Seberang Jaya untuk membeli sedikit kelengkapan menunggang dan meneruskan destinasi kami ke Wang Kelian, Perlis. Kami singgah sebentar di Gurun untuk makan tengahari dan solat zohor sebelum meneruskan perjalanan ke Changloon, Kedah. Di sini kami singgah di sebuah warung berdekatan jejantas pekan Changloon yang memang terkenal dengan nasi bendang dan sup panas. Warung ini turut di muatkan dalam promosi Torism Malaysia bagi kategori makanan istimewa. Satu-satunya Nasi Bendang di Malaysia yang ada disini. “Hah! sebelum masuk ke Danok, baik singgah di sini..terbaik dan murah..”
Perjalanan menuju ke Perlis berubah dengan pemandangan di kiri kanan jalan dipenuhi dengan tanaman tebu berbanding semasa perjalanan di Tanjung Karang yang dipenuhi tanaman padi. Kami sempat bergambar kenangan di pintu Gerbang “SELAMAT DATANG KE PERLIS” dan meneruskan perjalanan ke Wang Kelian yang masih jauh dari pandangan.
Jam 4.30 petang, kami tiba di Wang Kelian. Di hadapan pintu masuk sempadan Thailand, kami dapati ramai pelancong dari luar datang membeli-belah dan saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang pengunjung dari Jengka, Pahang yang datang bersama keluarga. Keistimewaan laluan masuk ini, kita tidak perlu menggunakan pasport antrabangsa untuk pergi ke pekan sebelah Satun, Thailand, dengan hanya berjalan kaki, kita masih melalui laluan Kastam.
Selesai ‘shopping’ kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar, di sini kami sekali lagi shopping, walaupun tiba agak lewat. Sekitar jam 6.30 petang, kami bergerak balik semula ke Pulau Pinang dan tiba sekitar jam 11.00 malam. Sekali lagi kami di bawa bersiar-siar oleh rakan-rakan dari Kelab Skuter NEC.
Hari ketiga…
Kami meninggalkan Pulau Pinang menuju ke Grik, Perak dan seterusnya ke Terengganu melalui Kelantan. Sepanjang perjalanan kami sempat singgah di beberapa daerah untuk mengalas perut, mengisi minyak dan berehat.
Sewaktu melewati Tasik Banding, konvoi terpaksa mengharungi laluan yang sukar dan berliku dan di situ jugalah salah seorang ahli konvoi kami, saudara Anuar telah terlibat dengan kemalangan kecil.
Syukur kerana kerana beliau cuma cedera ringan dan masih boleh meneruskan perjalanan ke Terengganu. Setiba di Terengganu kami disambut dan diraikan dengan meriah oleh kelab Motor Klasik Terengganu. Mereka turut mendapatkan kami homestay dan memberi rawatan kepada Anuar yang cedera kemalangan.
Waktu untuk pulang…
Hari ini kami meluangkan lebih waktu untuk berehat dan menunggang secara santai. Sebelum bertolak balik ke Pahang, kami singgah sebentar di Pasar Payang iaitu tempat wajib dikunjungi apabila sampai di Bandar Kuala Terengganu.
Jam 2.00 petang kami memulakan perjalanan pulang melalui jalan pesisiran pantai dan singgah di sebuah bengkel rakan kami yang terletak di Chendering, Kuala Terengganu. ggalkan motor Anuar yang mengalami kemalangan untuk diperbaiki. Akhirnya sekitar jam 5.00 petang kami selamat sampai di Kuantan, Pahang.
Sebelum berpisah di ruangan ini kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kedai Motor Titanuim Biker, Kedai Motor McDonas KL, Kelab NEC Penang serta Kelab Motor Klasik Terengganu yang sudi menaja dan membantu kami sepanjang konvoi NO HIGHWAY RIDE ini.