RD Club Malaysia di Karnival Syria Needs

Pada 15 Mac 2014, RD Club Malaysia telah dijemput bagi memeriahkan Karnival Syria Needs You anjuran Malaysia Life Line For Syria dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Karnival sehari itu telah berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam bagi mengingati tarikh revolusi di Syria di samping mengutip derma untuk rakyat Syria. Selain dari itu, karnival ini diharap dapat menyebarkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat Malaysia tentang situasi dan keadaan sebenar di Syria.

Seramai 10 ahli RD Club Malaysia telah dijemput khas oleh Malaysia Life Line For Syria bagi mengadakan program sebaran risalah dan kutipan derma. Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah Giant Shah Alam dan Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam. Sambutan dari masyarakat agak memberangsangkan. Sebelum itu pada sebelah pagi, ahli-ahli RD Club Malaysia sempat menghadiri kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff.

RD Club Malaysia berhasrat mengadakan road tour berkaitan Syria ini dengan lebih giat dalam masa terdekat. Semoga lebih ramai kelab motorsikal yang dapat melibatkan diri dalam program yang sihat ini disamping mengurangkan gejala rempit dan sosial yang keterlaluan.

No comments
Share:
cc
Show Buttons
Hide Buttons