Ia merupakan sebatang jalan berliku melalui Janda Baik di sebuah bukit di utara Kuala Lumpur di mana sekumpulan kerbau yang berkeliaran keluar dari hutan, memaksa saya untuk memperlahankan kenderaan sementara mereka melintas. Apabila yang paling kecil dalam kumpulan tersebut melintasi jalan dengan gaya yang perlahan tetapi pergerakan yang kuat di mana ia hanya boleh dilakukan oleh seekor kerbau; persamaan di antara motorsikal yang saya tunggangi dengan binatang di hadapan saya adalah jelas dan nyata dan lahirlah nama “kerbau kecil” atau “the little buffalo’; ia mempunyai penurunan kuasa yang mencukupi mejadikan ia sebuah motorsikal yang amat berguna dan menarik.
Saya tidak akan menamakan sesebuah motosikal mengikut keseronokkan Cuma motorsikal yang menepati cita rasa saya sahaja yang diberi keistimewaan dan ia hanya dapat di laksanakan selepas 2 hari merayau dengan KTM 690 Duke R. Duke 690cc satu silinder, 4 lejang, dual spark (dengan perasingan pemetaan), enjin sejukan cecair yang tidak mempunyai kuasa top-end (70 Hp) untuk berganding dengan motorsikal ber ‘cc’ besar di lebuh raya yang terbuka pada gear ke-6, tetapi apabila jalan menjadi sempit dan terdapat selekoh tajam, kuasa tork 70Nm terhasil dengan sendiri, menghasilkan gelombang tanpa henti dengan kelajuan yang terkawal keluar dari penjuru, menuju dengan lajunya sambil meraih lingkungan kuasa yang hebat. Walaupun banyak kerja telah dilakukan untuk mengimbangi ‘the big single’ ia masih lebih ‘vibey’ dari multi silinder yang setara, menyingkap semula keupayaan sebuah traktor tua dan tanpa sebarang rungutan sebab ia hanya menambah naik ciri motorsikal tersebut. Jarak 10000km servis merupakan bukti kebolehan motorsikal ini.
Demikian berakhirnya metafora kerbau kecil dan motorsikal yang akhirnya terbentuk sebuah ‘KTM”. kompresi ayunan set fork WP yang mengendali bahagian hadapan dari atas kiri pencabang dan melantun memberi tekanan bagi menghalang sebarang gangguan di antara dua litar dimana penyelarasan menjadi mudah,ia lebih sesuai bila anda perlukan perjalanan yang selesa melalui bandar kemudian menukar compressor fork untuk sehari ketika di trek atau ketika bergembira di jalan belakang. Begitu juga set monoshok ayunan belakang WP dari jenis boleh laras tinggi/rendah dan pelarasan lantunan yang menyimpan kuasa di permukaan jalan apabila motorsikal diangkat lebih tinggi sedikit dari tanah untuk memberi ruang pengemudiaan yang licin dan lebih aggresif pada sudut yang condong
Bagi pengendara amatur mereka akan memandang sinis di atas kekurangan disk brek berkembar roda depan dan rajah-rajah pengganti 100Hp, pada hakikatnya dengan mengekalkan berat motorsikal yang minima, jurutera KTM dapat melupuskan keperluan kuasa yang berlebihan dan daya tekanan brek. Kombinasi 13kg di antara rangka ‘chrome – molly’ dan lengan ayun yang mana posisisi ‘pre-silencer’ di bawah enjin dapat menolong mensentralisasikan jisim,mengakibatkan 690R terasa lebih ringan 149.5kg pada berat kering. Roda yang lebih ringan bererti kurang kepusingan dan jisim yang tidak bergerak juga boleh melajukan kelajuan, jarak brek yang pendek, penukaran hala tuju yang cepat dan suspensi yang lebih responsif.
Cakra apung 320mm digandingkan dengan Brembo monobloc M50 kaliper 4 omboh (sama seperti Ducati Panigale) digerakkan oleh pam utama jenis Magura, menghasilkan sistem brek yang kuat dengan penuh keselesaan. Manakala cakera 240mm belakang kurang rangsangan akibat tapak roda yang pendek tercondong kehadapan tetapi semuanya dapat dikawal hasil kombinasi Bosch 9M+ ABS (yang mana boleh deaktivasikan) dan klac ‘slipper’ (juga disambungkan kepada Magura Master Silinder), di mana menghalang bahagian belakang dari terkunci walaupun pada tahap anjakan bawah yang agresif.
Bagi penunggang yang inginkan keseronokan, terdapat mode Supermoto yang diaktifkan oleh ‘dongle’,di mana roda hadapan masih lagi diaktifkan oleh ABS, ini membolehkan roda belakang mengelunsur ketepi sebanyak mana yang anda kehendaki. Tiada kawalan kuasa bererti tiada gangguan dengan ‘drive –by-wire’ dari sistem komputer dan dengan ini penunggang dapat membuat sepenuh kawalan terhadap posisi injap yang berfungsi mengawal aliran minyak ke dalam enjin sepanjang masa.
Tapak kaki yang tinggi dibantu oleh sudut yang rendah tetapi kerana ketinggian saya 6”2’ menyebabkan keselesaan kedudukan yang sederhana di aras bawah tali pinggang sedangkan 865 mm ketinggian tempat duduk boleh muat untuk semua penunggang. Kedudukan di atas pinggang selari dengan handel dan pelana dari bahan keras yang luas memberi kedudukan posisi menegak, sesuai untuk melihat aliran trafik. Pengemudian di Bandar begitu cekap dan kuasa yang rendah dapat mengawal trafik ketika kesesakan lalulintas. Akan tetapi kerbau kecil hanya memperlihatkan keupayaannya yang sebenar ketika berada di jalan yang kecil dan berliku menuju ke pergunungan, tajakan dari tikungan yang tajam kesatu tikungan dengan lambungan roda seolah-olah ia sebuah motorsikal yang berkuasa tinggi. Ini semestinya merupakan satu lagi motorsikal yang menjadi impian digaraj saya.
Spesifikasi: KTM Duke 690R
Engine: Single-cylinder, 4-stroke, spark-ignition engine, liquid-cooled
Displacement: 690 cm³
Bore & Stroke: 102 mm X 84.5 mm
Performance: 51.5 kW (70hp)
Transmission: 6-speed, claw shifted